[k][a][m][i]

Monday 23 May 2011

....antara kawan , sahabat dan kekasih....

salam ..

titipan  ini khas untuk tatapan kalian semua ....
sedar tak sedar , kejadian nye berlaku dalam diri dan kehidupan kita ....

>>KAWAN<<
 pernah tak korang berfikir sejenak kawan-kawan korang yang selalu bersama korang tak kira siang malam adalah kawan sahaja ataupun sahabat ? mesti korang mula berfikir sekarang ' si ali dengan abu , milah dan senah 2 kawan aku ke sahabat aku' pernah tak korang terasa hati dengan kawan-kawan korang ? dan pernah tak kawan-kawan korang tau yg korang terasa hati dengan diaorang ? setiap orang , pasti memerlukan pertolongan kawannya ... kita sebagai kawan , sanggup ke tengok kawan kita susah ? dan seberapa banyak kawan kita menolong kita bila kita memerlukan pertolongan diaorang ?

>>SAHABAT<<
sahabat...apa beza sahabat dengan kawan ? sahabat sentiasa ada bersama kita tak kira di waktu senang mahupun susah .. sahabat tidak akan khianat dengan sahabat nya ... setiap masalah yang dikongsi bersama dia akan cuba untuk selesaikan bersama sahabatnya ... tetapi , sedar tak korang , untuk dapatkan seorang sahabat , tidak semudah untuk dapatkan seorang kawan ....

>>KEKASIH<<
setiap manusia yang meningkat dewasa pasti tidak akan lari dari masuk alam percintaan ... sekali lagi kita bakal diuji dengan kematangan fikiran kita untuk memilih seseorang yang layak untuk dijadikan sebahagian dari life kita ... seseorang yang buat kita tersenyum dan seseorang yang mampu buat kita menangis .. selalunya , setiap pasangan yang gagal dalam percintaan mereka , pasti beranggapan akan ada yang lebih baik dari yang sedia ada ... realitinya , setiap manusia akan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing ... percintaan yang disulami dengan menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing akan lebih indah dalam fenomena percintaan ...


***SECARA KONKLUSINYA***
  • jangan mengharapkan kawan kita itu untuk menjadi sahabat ... kerana kita pun belum tentu lagi boleh menjadi sahabat untuk mereka ... jangan berkira dengan kawan kita kalau tak nak kawan kita berkira dengan kita....
  • jangan mensia-siakan sahabat yang sentiasa mendampingi kita .... kerana kalau hilangnya sahabat itu , teramat sukar untuk mencari penggantinya .... kepercayaan yang sudah diberi , haruslah dibalas dengan kepercayaan ...
  • hargai apa yang kita sudah ada kerana kelebihan yang mereka punya pasti akan lebih membahagiakan daripada kita mengejar mencari kesempurnaan yang belum tentu dapat membahagiakan kita ...

                                           ~~~~SEKIAN~~~~

No comments:

Post a Comment