[k][a][m][i]

Saturday 20 August 2011

Perlukah wanita menceritakan “Dara” pada temannya ?

assalamualaikum , entri kali ni , sy share dari 1artikel yg bru je sy bce =)

Apabila teman lelaki kita berbicarakan tentang “Dara” pasti membuatkan jiwa dan perasaan akan menjadi tidak tenteram. Kenapa pertanyaan sebegini harus diutarakan sedangkan pelbagai soalan boleh diajukan dan dipersoalkan? Adakah teman lelaki kita masih tidak mempercayai akan diri ini?
Masalah “Dara” merupakan 1 isu yang begitu sensitif bagi seseorang wanita kerana ia melibatkan soal maruah serta harga diri seseorang. Yang menjadi tanda tanya kenapa lelaki harus tahu akan jawapan tentang perkara ini? Sekiranya pasangan kita tidak mempunyai “Dara” adakah tanggapan negatif yang perlu diberikan kepadanya.. Mengikut pengalaman saya, apabila seseorang wanita itu yang kehilangan dara sejumlah 89% peratus teman lelakinya akan meminta hubungan cintanya diputus tanpa soal bicara.
Disamping itu ada juga yang terjadi disebaliknya seperti yang berlaku pada sahabat kita ini – (nama didalam petikan bukan nama sebenar)..
Haiza telah datang berjumpa dengan saya telah menyatakan teman lelakinya telah meniduri dan melakukan perbuatan yang terkutuk setelah dia mendapat tahu diri saya tidak mempunyai “Dara” gara-gara pernah terlanjur dengan bekas teman lelakinya. Semua ini berlaku apabila teman lelaki Haiza bertanyakan adakah dirinya mempunyai “Dara” lagi kerana teman lelakinya takut Haiza pernah melakukan hubungan dengan bekas kekasihnya..
Pada kali pertamanya Haiza tidak memberitahu tetapi buat kali kedua Haiza terpaksa membongkarkan segala kisah silamnya kerana teman lelakinya menyuruh diri Haiza bersumpah pada nama Allah adakah dirinya masih ada dara atau tidak.. Pada ketika dan saat itu Haiza menceritakan hal sebenarnya dimana beliau diperkosa oleh bekas kekasihnya akibat terminum pil khayalan dan akan mengugut untuk menyebarkan aksinya sekiranya Haiza menolak untuk melakukan hubungan sekali lagi..
Tetapi sayangnya teman lelakinya tidak mempercayai dan telah berkata “Jika awak sayangkan saya, buktikan keikhlasan sayang awak seperti mana yang berlaku dulu“. Disebabkan Haiza terlalu sayang pada teman lelakinya malah telah berjanji akan mengahwini bila Haiza menturuti segala kemahuannya..
Begitulah terjadi pada Haiza yang menjadi mangsa perangkap seorang lelaki yang ingin mengambil kesempatan keatas kelemahan dalam dirinya.
Berbalik pada perbincangan kita tadi inilah situasi sekiranya teman lelaki bertanyakan mengenai perkara ini kerana ada 2 kemungkinan akan terjadi apabila anda sedaya upaya untuk mengelak daripada untuk menjawab -
  • Teman anda tidak akan mempercayai dan ragu-ragu tentang status dara anda.
  • Teman anda akan mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku pada diri anda seperti mana yang berlaku pada Haiza.
Habis itu, macam mana anda hendak atasinya?
Baiklah saya kongsikan kepada anda “Bagaimana untuk mengatasi masalah ini”.
Apabila teman lelaki anda bertanyakan hal demikian, jangan sesekali elak untuk menjawab sebaik-baiknya berterus terang tentang diri anda kepadanya samada masih dara ataupun tidak.. Sekiranya masih dara dan teman lelaki anda masih tidak mempercayai, tabah dan kuatkan semangat untuk berkata begini padanya
Terpulang kepada awak untuk mempercayainya kerana saya berterus-terang kerana Allah s.w.t serta keikhlasan saya demi cinta suci ini”
Jika status anda disebaliknya – Berkatalah kepadanya ” Saya telah cuba untuk mempertahankan mahkota kesucian ini tapi telah punah akibat perbuatan yang tidak dapat disangkakan dan sekiranya awak cinta dan ikhlas bersama saya terimalah saya seadanya dan saya tidak sama sekali untuk melakukan perbuatan yang sama untuk membuktikan cinta saya pada awak“.
Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ilmu Allah s.w.t tetapi cukuplah untuk saya mempertahankan martabat seorang wanita daripada diperlakukan oleh nafsu-nafsu segelintir lelaki.

sekian , by me ana